Ahad, 29 April 2018

Part-time

Assalamualaikum.. Haii saya Liani, nak taw tak sekarang saya tengah buat apa? Saya pernah maklumkan bahawa saya ialah pelajar diploma perakaunan kan.. Saya full-time student and part-time sale assistant kat bazaar@seven seksyen 7 .. Belajar sampai kerja memang mencabar sebab kita kena pandai uruskan masa kalau tak belajar ke mana, kerja pun ke mana. Tapi sepanjang saya kerja ni best je kerja sebab jumpa pelbagai ragam perangai dan ianya menyeronokkan bagi saya..

Okay last, full-time & part time diperlukan di beberapa butik di dalam bazaar@seven. Ciri2 perempuan, bertudung dan tidak kekok nak layan customer. Sebab sebagai sale person kena pandai layan customer juga kan.
Siapa yang nak boleh komen ye ... Terima kasih

Selasa, 9 Mei 2017

ASSALAMUALAIKUM ...

Saya pernah diberitahu oleh seseorang yang mengatakan jika hati kita tak tenang bermakna kita kena selalu bermohon dan meminta rahmat daripada Allah dan mungkin juga Allah rindu nak dengar doa kita... Dan seringlah membaca Al-quran kerana Al-quran juga boleh membuat hati kita tenang... Walaupun bukan satu helai muka surat Al-quran, satu baris ayat Al-quran pon jadilah...

Seperti saya, yang memang jenis suka sangat baca novel AKA kaki novel lah kot... Jika saya boleh meluangkan masa untuk membaca novel apatah lagi jika Al-quran pastilah boleh juga saya amalkan... Kita sebagai manusia jika kita menegur seseorang itu bermakna teguran itu juga untuk diri kita.. Kita juga perlu membaiki diri kita ke arah yang lebih baik...

Paling senang lepas solat boleh je kita meluangkan masa sedikit pun jadi untuk membaca Al-quran, betulkan...

Minggu depan saya dah mula final exam sem tiga, insyaAllah saya cuba sedaya upaya saya... Saya harap sangat boleh buat sebab saya juga mahu membanggakan ibu bapa saya... Saya juga nak lihat mereka gembira dengan keputusan saya...

Saya tidak kisah ditegur tapi sya kurang suka kena bebel... Normal kan.. :)

Sabtu, 31 Disember 2016

Nak habis final exam dah...

Assalamualaikum, Hai...
Final exam dah nak habis dah, so lepas ni memey boleh balik rumah kan.. Tapikan, rasa-ranya aku akan terserempak dengan budak tu tak (crush lama), aku bukannya suka dekat dia ke apa cuma entahlah.. Aku sendiri pun tak taw, tapi aku harap jangan lah jumpa sebab malas nak tengok muka dia.. Tapi aku pon bukannya senang nak jumpa dia pon... Tapi aku bukan ada perasaan kat dia pon cuma dia tu kawan aku yang sengal je pon, tak nak lah aku ada perasaan suka kat sapa-sapa sebab aku nak habiskan belajar tak fikir pon nak kahwin awal walaupun sebenarnya kahwin awal tu bagus kan.. Tapi harap-harap sapa yang nak kahwin awal tu pandai lah jaga batasan ye, bukan sebab nak kahwin awal sahaja tapi kita sememang wajib jaga batasan kita dengan lelaki yang bukan mahram kita ye, jagalah mata dan hati ye, elakkan zina okay .. :) 

Khamis, 20 Oktober 2016

Assalamualaikum, hai tak pernah2 pun selama ni nak buat blog cerita sendiri...
Kelakar pula rasanya tapi tak apa nak juga cuba buatkan...
Tak salahkan...

                                                       Hari yang memeningkan sikit...

Kalu nak tahu, hari ni kan ada kelas akaun tapi sir tak masuk sebab dia ada bagi tutorial dan suruh hantar.. Kitorang memang semestinya buat betul2 supaya dapat jumlah yang seimbang tapi tak taw lah kenapa tak seimbang juga... Mesti kitorang ada buat salah kan, lepas tu kitorang hantar je kat sir walaupun tak seimbang tapi kalu tak hantar lagi lah sir tolak "carry mark" kitorang yang sangatlah berharga... Memang pening kot sebab dah lama tak belajar akaun lepas dari SPM kan .. dah tu faham2 je lah kan... Nasib baik lah kelas kemahiran kepimpinan kitorang tak ada sebab kitorang kena bincangkan pasal assignment tapi kitorang dah bahagikan tugas awal2 so tak yah lah jumpa nak bincang bagai kan tapi tu lah lepas dari kelas kawan ajak study lagi sebab dia tak ada asas akaun so kena la ajarkan walaupun pening... Sebab dulu masa sekolah menengah kitorang belajar dalam bahasa melayu sekali dekat universiti kitorang kena belajar dalam bahasa Inggeris memang susah lah sikit kitorang nak tangkapkan... Aduhai akaun..... Sekin lah untuk hari ni,memang tak taw nak cerita pa sangat sebenarnya... Hihi byee ;)